Bersukan ini banyak kepentingannya terhadap kita.Antaranya ialah, aktiviti sukan penting untuk kesihatan yang sempurna. Hal ini kerana, semasa bersukan, organ dalaman akan menjadi aktif dan pengaliran darah yang lancar. Selain dari itu, jantung juga akan berfungsi dengan baik dan seterusnya pembakaran lemak yang mendadak juga akan berlaku. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa dengan bersukan, kita dapat mengelakkan daripada terkena penyakit penyakit merbahaya terutamanya obesiti. Kesihatan fizikal mempengaruhi kesihatan mental individu. Masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental mampu menjalankan tugasan dengan baik seterusnya membantu pembangunan negara.
Tuesday, August 11, 2020
Kepentingan Bersukan
Seterusnya, masa lapang seseorang dapat dimanfaatkan dengan bersukan kerana aktiviti sukan lazimnya dilakukan pada waktu yang terluang. Dengan cara yang sedemikian, masyarakat akan lebih meluangkan masa dengan perkara yang lebih berfaedah. Oleh itu, remaja tidak ada kesempatan untuk melepak, melibatkan diri dalam jenayah dan seterusnya melarat sehingga penyalahgunaan dadah. Sungguhpun begitu, ibu bapa juga harus mengambil peranan dengan mengawal aktiviti anak-anak dengan tegas bagi tidak membiarkan 'nasi menjadi bubur' dinasihatkan bahawa ibu bapa hendaklah mendedahkan anak-anak terhadap aktiviti sukan sejak kecil lagi. Bertepatan dengan peribahasa yang berbunyi 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' tegasnya, aktiviti sukan dapat mengurangkan gejala sosial dalam kalangan anak muda, malah melahirkan anak Malaysia yang sihat, cerdas serta berkualitii yang mampu memberikan sumbangan terhadap pembangunan negara.
Di samping itu,sukan juga dapat memupuk persahabatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat di sesebuah negara dan seterusnya melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan negara yang makmur. Hal ini demikian kerana, apabila sesuatu jenis sukan diwakili oleh peserta daripada pelbagai kaum, mereka sudah tentu akan bekerjasama dan saling membantu untuk mencapai satu matlamat, iaitu kejayaan. Semasa berada dalam satu kumpulan, akan timbulnya perasaan kekitaan atau espirit de corp dalam kalangan mereka. Semangat satu pasukan akan lebih membara jika kita bermesra antara pemain dengan pemain. Bak kata pepatah, 'bersatu kita teguh bercerai kita roboh'. Hal ini juga penting untuk mewujudkan perpaduan antara kaum dinegara kita. Selain itu, penonton juga akan merasai perpaduan antara satu sama lain kerana mereka menyokong pasukan yang sama dan saling merasakan kehangatan debaran ketika menunggu keputusan kemengan. Nilai perpaduan ini menjadi landasan untuk rakyat membangunkan lagi negara.
Kesimpulannya, aktiviti sukan penting bukan sahaja untuk melahirkan anggota masyarakat yang berkualiti tetapi, ianya juga membantu pembangunan negara seterusnya meningkatkan lagi imej sesebuah negara. Menyedari kepentingan inilah, setiap anggota masyarakat seharusnya menjinakkan diri dengan sukan yang sesuai dengan minat, kebolehan dan keupayaan. Sehubung dengan itu, usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai agar bersukan hendaklah dilaksanakan dari semasa ke semasa. Matlamaf ini akan tercapai seandainya kita menghayati cogan kata 'majulah sukan untuk negara'.,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MANFAATKAN MASA
Mengapa masa sering dikaitkan dengan emas? Adakah nilai masa sama seperti emas? Betapa bernilainya masa jika kita gunakannya dengan baik. ...
-
Bowling Klasik Cara Permainan : 1. Setiap ahli kumpulan akan membuat satu balingan menggunakan buah kelapa kea rah botol yang telah disu...
No comments:
Post a Comment