Bowling Klasik
Cara Permainan :1. Setiap ahli kumpulan akan membuat satu balingan menggunakan buah kelapa kea rah botol yang telah disusun.
2. Pasukan yang berjaya menjatuhkan botol terbanyak dikira sebagai pemenang.
Peralatan: Kelapa Tua dan botol air mineral besar
Pijak Belon
Cara Permainan :1. Setiap ahli kumpulan akan dibekalkan satu belon dan diikat di pergelangan kaki.
2. Peserta akan memijak belon ahli kumpulan lain dalam masa tiga minit.
3. Kumpulan yang mempunyai belon terbanyak yang belum pecah dikira sebagai pemenang.
Peralatan: Belon dan gelang getah
Cari Getah Dalam Tepung
Cara Permainan :1. Semua ahli kumpulan mesti terlibat dalam permainan ini.
2. Setiap/semua peserta mestilah beratur di garisan permulaan dan muka mereka akan dibasahi dengan air.
3. Selepas wisel ditiupkan, permainan dimulakan dengan peserta pertama dari tapak permulaan berlari ke garisan permainan bermula.
4. Peserta tersebut mestilah meniup tepung di dalam pinggan dan mengambil hanya satu getah dengan menggunakan mulut dan diletakkan ke dalam bekas yang disediakan.
5. Permainan diteruskan dengan peserta kedua dan seterusnya bergilir-gilir mengikut urutan sehingga wisel penamat dibunyikan iaitu selepas 10 minit.
6. Kumpulan yang berjaya mengumpul paling banyak getah akan dikira sebagai pemenang.
Peralatan: Stop watch, Wisel, Pinggan, Tepung, Gelang getah, Air
No comments:
Post a Comment