Saturday, August 15, 2020

MANFAATKAN MASA


 Mengapa masa sering dikaitkan dengan emas? Adakah nilai masa sama seperti emas? Betapa bernilainya masa jika kita gunakannya dengan baik. Nilai emas pula saban hari, makin meningkat. Begitulah nilai masa disamakan dengan nilai emas yang amat bernilai.

Emas sering dikaitkan dengan wanita, kerana ia merupakan perhiasan yang memberikan seri kepada si pemakainya. Namun, haram bagi lelaki memakainya kecuali dalam keadaan darurat.

Bagi seorang pelajar, perlulah menggunakan masa yang ada dengan mengulangkaji pelajaran, membantu ibu dan bapa di rumah dan bersukan pada waktu lapang. Apabila masa digunakan dengan membahagi-bahagikannya untuk perkara-perkara yang berfaedah, kita akan dapat menikmati masa dengan sepuas-puasnya. Kita perlulah sedar, bahawa masa yang berlalu tidak akan menunggu kita. Tinggallah ia satu nostalgia indah jika dapat dimanfaatkan.

TIPS STUDY CEMERLANG


 Belajar dalam persekitaran kondusif, baik, sesuai

  • pastikan cahaya adalah terang
  • kurangkan gangguan bunyi
  • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
  • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
  • kerusi dan meja menghadap kiblat
  • jangan lupa untuk senyum

Tahu petua mengulang kaji

  • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
  • siapkan semua ?Bekalan? Dengan sempurna
  • duduk tegak di kerusi yang selesa
  • baca doa penerang hati
  • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
  • fikir dan ingat kembali isi utamag) catat / lakarh) semak semula ketepatan maklumati) ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
  • buat rumusan) jawab soalanl) tampal maklumat yang rumit di dinding) baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

KESAN TIDAK BERSUKAN


 MUDAH DI SERANG PENYAKIT

Ada kajian yang menghubungkan aktiviti Senaman harian ini pada sistem ketahanan badan.

Menurut pakar kecergasan, seseorang individu itu perlu meningkatkan aktiviti fizikal untuk merangsang tisu otot bagi meningkatkan ketahanan badan.

Tubuh yang sakit adalah isyarat pada seseorang individu untuk lebih aktif secara fizikal.


KELETIHAN
Anda akan sering keletihan walaupun sudah makan, minum dan berehat secukupnya.

Situasi ini bermakna badan anda sedang kelaparan dan perlukan pergerakan.

AKTIVITI SUKAN YANG MENARIK

 


  Bowling Klasik

Cara Permainan :
1. Setiap ahli kumpulan akan membuat satu balingan menggunakan buah kelapa kea rah botol yang telah disusun.
2. Pasukan yang berjaya menjatuhkan botol terbanyak dikira sebagai pemenang.
Peralatan: Kelapa Tua dan botol air mineral besar



 Pijak Belon

Cara Permainan :
1. Setiap ahli kumpulan akan dibekalkan satu belon dan diikat di pergelangan kaki.
2. Peserta akan memijak belon ahli kumpulan lain dalam masa tiga minit.
3. Kumpulan yang mempunyai belon terbanyak yang belum pecah dikira sebagai pemenang.
Peralatan: Belon dan gelang getah




 Cari Getah Dalam Tepung

Cara Permainan :
1. Semua ahli kumpulan mesti terlibat dalam permainan ini.
2. Setiap/semua peserta mestilah beratur di garisan permulaan dan muka mereka akan dibasahi dengan air.
3. Selepas wisel ditiupkan, permainan dimulakan dengan peserta pertama dari tapak permulaan berlari ke garisan permainan bermula.
4. Peserta tersebut mestilah meniup tepung di dalam pinggan dan mengambil hanya satu getah dengan menggunakan mulut dan diletakkan ke dalam bekas yang disediakan.
5. Permainan diteruskan dengan peserta kedua dan seterusnya bergilir-gilir mengikut urutan sehingga wisel penamat dibunyikan iaitu selepas 10 minit.
6. Kumpulan yang berjaya mengumpul paling banyak getah akan dikira sebagai pemenang.
Peralatan: Stop watch, Wisel, Pinggan, Tepung, Gelang getah, Air

Tuesday, August 11, 2020

Kepentingan Bersukan


   Bersukan ini banyak kepentingannya terhadap kita.Antaranya ialah, aktiviti sukan penting untuk kesihatan yang sempurna. Hal ini kerana, semasa bersukan, organ dalaman akan menjadi aktif dan pengaliran darah yang lancar. Selain dari itu, jantung juga akan berfungsi dengan baik dan seterusnya pembakaran lemak yang mendadak juga akan berlaku. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa dengan bersukan, kita dapat mengelakkan daripada terkena penyakit penyakit merbahaya terutamanya obesiti. Kesihatan fizikal mempengaruhi kesihatan mental individu. Masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental mampu menjalankan tugasan dengan baik seterusnya membantu pembangunan negara.


   Seterusnya, masa lapang seseorang dapat dimanfaatkan dengan bersukan kerana aktiviti sukan lazimnya dilakukan pada waktu yang terluang. Dengan cara yang sedemikian, masyarakat akan lebih meluangkan masa dengan perkara yang lebih berfaedah. Oleh itu, remaja tidak ada kesempatan untuk melepak, melibatkan diri dalam jenayah dan seterusnya melarat sehingga penyalahgunaan dadah. Sungguhpun begitu, ibu bapa juga harus mengambil peranan dengan mengawal aktiviti anak-anak dengan tegas bagi tidak membiarkan 'nasi menjadi bubur' dinasihatkan bahawa ibu bapa hendaklah mendedahkan anak-anak terhadap aktiviti sukan sejak kecil lagi. Bertepatan dengan peribahasa yang berbunyi 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' tegasnya, aktiviti sukan dapat mengurangkan gejala sosial dalam kalangan anak muda, malah melahirkan anak Malaysia yang sihat, cerdas serta berkualitii yang mampu memberikan sumbangan terhadap pembangunan negara.
  



   Di samping itu,sukan juga dapat memupuk persahabatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat di sesebuah negara dan seterusnya melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan negara yang makmur. Hal ini demikian kerana, apabila sesuatu jenis sukan diwakili oleh peserta daripada pelbagai kaum, mereka sudah tentu akan bekerjasama dan saling membantu untuk mencapai satu matlamat, iaitu kejayaan. Semasa berada dalam satu kumpulan, akan timbulnya perasaan kekitaan atau espirit de corp dalam kalangan mereka. Semangat satu pasukan akan lebih membara jika kita bermesra antara pemain dengan pemain. Bak kata pepatah, 'bersatu kita teguh bercerai kita roboh'. Hal ini juga penting untuk mewujudkan perpaduan antara kaum dinegara kita. Selain itu, penonton juga akan merasai perpaduan antara satu sama lain kerana mereka  menyokong pasukan yang sama dan saling merasakan kehangatan debaran ketika menunggu keputusan kemengan. Nilai  perpaduan ini menjadi landasan untuk rakyat membangunkan lagi negara.
  
  Kesimpulannya, aktiviti sukan penting bukan sahaja untuk melahirkan anggota masyarakat yang berkualiti tetapi, ianya juga membantu pembangunan negara seterusnya meningkatkan lagi imej sesebuah negara. Menyedari kepentingan inilah, setiap anggota masyarakat seharusnya menjinakkan diri dengan sukan yang sesuai dengan minat, kebolehan dan keupayaan. Sehubung dengan itu, usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai agar bersukan hendaklah dilaksanakan dari semasa ke semasa. Matlamaf ini akan tercapai seandainya kita menghayati cogan kata 'majulah sukan untuk negara'.,
  









MANFAATKAN MASA

  Mengapa masa sering dikaitkan dengan emas? Adakah nilai masa sama seperti emas? Betapa bernilainya masa jika kita gunakannya dengan baik. ...